24 Oktober 2009

KURSUS SEMARAK JAWI DAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG




SABTU, 24 OKTOBER 2009

Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF kerana berjaya mengikuti Kursus Semarak Jawi dan Kajian Tindakan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Terima kasih kepada SK Taman Johor Jaya 3 kerana menyediakan tempat dan kemudahan semasa kursus dijalankan. Kursus ini dimulakan dengan slot latihan menulis perkataan dalam ejaan jawi oleh para peserta dan penerangan secara terperinci “ kenapa dan bagaimana kaedah ejaan jawi terkini ” yang telah disampaikan oleh Ustaz Maturidi bin Mohamed. Pelbagai kaedah ejaan jawi terkini yang disempurnakan mengikut ejaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disampaikan kepada para peserta. Manakala Ustaz Mohd Shukri bin Hamid (JLU Kajian Tindakan) telah menyampaikan ceramah tentang perancangan, pengurusan dan format penulisan Kajian Tindakan. Kepentingan matlamat dan objektif kajian tindakan perlu diterjemahkan oleh semua guru Pendidikan Islam di sekolah.Semoga kursus ini dapat membantu guru dalam melestarikan dan menyemarakkan tulisan Jawi kepada anak-anak didik di sekolah. Selain itu, kajian tindakan Pendidikan Islam yang dikendalikan oleh para guru dapat memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah dan daerah. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan guru-guru yang menjayakan kursus ini. Semoga kursus ini akan membantu guru Pendidikan Islam dan j-QAF memartabatkan Pendidikan Islam. “Perkasakan Tulisan Jawi dan setiap Guru Pendidikan Islam satu Kajian Tindakan”.Syukran