28 Oktober 2009

MAJLIS ANUGERAH KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF DAERAH PASIR GUDANG 2009

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 18 November 2009 (Rabu)

Masa : 9.00 - 11.00 pagi

Tempat : Masjid Jamek Taman Daya, Johor Bahru

Mohon kerjasama Penyelaras j-QAF/guru j-QAF sekolah kohort 2005 & 2006 memilih 8 orang murid Tahun 4 dan 5 yang telah Khatam al-Quran. Borang pendaftaran majlis tersebut hendaklah difakskan kepada Unit Pendidikan Islam (u.p : Ustaz Maturidi bin Mohamed) di talian 07-3881203 dan SK Taman Daya 3 (u.p : Ustazah Farizzah binti Said) di talian 07-3579639. Tarikh akhir penyerahan borang ialah 30 Oktober 2009 (Jumaat) jam 4.30 petang. Syukran

Sebarang kemusykilan, sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.

KURSUS PENGHAKIMAN MTQ SEKOLAH RENDAH

Panitia Pendidikan Islam Rendah akan menganjurkan kursus tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 14 November 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 1.00 tengah hari
Tempat : Masjid Jamek Taman Desa Jaya

Mohon kerjasama Ketua Panitia Pendidikan Islam dan seorang guru GPI setiap sekolah kebangsaan hadir dalam kursus tersebut.Surat menyurat akan diedarkan ke sekolah-sekolah yang berkenaan dalam masa terdekat.Syukran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.

KEM LITERASI AL-QURAN (KLAQ) SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF DAERAH PASIR GUDANG 2009

Kem Literasi al-Quran akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 11 November 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang

Mohon kerjasama Penyelaras j-QAF/guru j-QAF sekolah kohort 2005,2006 & 2007 mengenal pasti 8 orang murid yang tercicir menguasai buku Iqra' 1 hingga 3. Borang pendaftaran kem tersebut hendaklah difakskan kepada Unit Pendidikan Islam (u.p : Ustaz Maturidi bin Mohamed) di talian 07-3881203 dan SK Pasir Gudang 3 (u.p : Ustaz Nasrudin bin Khamis) di talian 07-2532957. Tarikh akhir penyerahan borang ialah 30 Oktober 2009 (Jumaat) jam 4.30 petang. Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang.

PINDAAN TARIKH KURSUS PEMANTAPAN GURU j-QAF AMBILAN 2008

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 November 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru.

Mohon kerjasama guru-guru j-QAF yang terlibat dapat menghadiri kursus tersebut.Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.

26 Oktober 2009

TAKLIMAT KEM LITERASI AL-QURAN DAN MAJLIS ANUGERAH KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2009


Sekolah-sekolah yang melaksanakan program j-QAF

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Rinting 3

Mohon kerjasama Penyelaras j-QAF semua sekolah hadir dalam taklimat tersebut. Kehadiran adalah WAJIB. Semua sekolah telah dimaklumkan melalui gerak cepat dan surat akan diedarkan semasa taklimat. Syukran

Sebarang kemusykilan,sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang.

24 Oktober 2009

KURSUS SEMARAK JAWI DAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG




SABTU, 24 OKTOBER 2009

Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF kerana berjaya mengikuti Kursus Semarak Jawi dan Kajian Tindakan Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Terima kasih kepada SK Taman Johor Jaya 3 kerana menyediakan tempat dan kemudahan semasa kursus dijalankan. Kursus ini dimulakan dengan slot latihan menulis perkataan dalam ejaan jawi oleh para peserta dan penerangan secara terperinci “ kenapa dan bagaimana kaedah ejaan jawi terkini ” yang telah disampaikan oleh Ustaz Maturidi bin Mohamed. Pelbagai kaedah ejaan jawi terkini yang disempurnakan mengikut ejaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disampaikan kepada para peserta. Manakala Ustaz Mohd Shukri bin Hamid (JLU Kajian Tindakan) telah menyampaikan ceramah tentang perancangan, pengurusan dan format penulisan Kajian Tindakan. Kepentingan matlamat dan objektif kajian tindakan perlu diterjemahkan oleh semua guru Pendidikan Islam di sekolah.Semoga kursus ini dapat membantu guru dalam melestarikan dan menyemarakkan tulisan Jawi kepada anak-anak didik di sekolah. Selain itu, kajian tindakan Pendidikan Islam yang dikendalikan oleh para guru dapat memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah dan daerah. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan guru-guru yang menjayakan kursus ini. Semoga kursus ini akan membantu guru Pendidikan Islam dan j-QAF memartabatkan Pendidikan Islam. “Perkasakan Tulisan Jawi dan setiap Guru Pendidikan Islam satu Kajian Tindakan”.Syukran

23 Oktober 2009

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG KALI KE-3

Mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Desa Jaya
Agenda : Ucapan Pengerusi
: Pengesahan Minit Mesyuarat kali ke-2
: Audit Akademik (Percubaan SPM)
: Hal-hal lain

Mohon Ketua Panitia Pendidikan Islam setiap sekolah menengah hadir.Sila bawa bersama analisis dan post mortem Percubaan SPM mata pelajaran Pendidikan Islam untuk Audit Akademik. Syukran

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.

MULTAQA' (SEMINAR) GURU PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Agama Johor akan mengadakan
Multaqa' tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pendaftaran : 8.00 pagi

Guru-guru j-QAF dan GPI Sekolah Menengah yang terlibat DIWAJIBKAN HADIR dalam majlis tersebut. Sebarang pertukaran nama hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami. Mohon guru-guru datang lebih awal dan berkongsi kenderaan bagi mengelakkan kesesakan dan ketiadaan parking. Kerjasama GPI yang mewakili daerah Pasir Gudang amat kami hargai. Surat telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Syukran.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.


BERITA TERKINI - KURSUS PEMANTAPAN GURU j-QAF AMBILAN 2008

Sila ambil perhatian kepada guru-guru yang akan menghadiri kursus.Kursus tersebut hanya akan dijalankan pada 28/10/2009 sahaja manakala 29/10/2009 akan ditunda kepada 5 November 2009 .Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Moga dalam makluman dan tindakan guru-guru yang terlibat.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.Syukran

18 Oktober 2009

KURSUS ANJURAN SPI, JPNJ

Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan kursus :

1. Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab
Tahun 3 Kegunaan 2010 Peringkat Negeri Johor Siri ke-4 mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 21 Oktober 2009 (Rabu)
Tempat : SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

2. Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF Ambilan Tahun 2008
Peringkat Negeri Johor mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 28 Oktober 2009 (Rabu)
Tempat : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

Diharapkan guru-guru yang terlibat dari daerah Pasir Gudang dapat menghadirkan diri dalam kursus tersebut. Syukran

Untuk maklumat lanjut / pertanyaan, sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.

14 Oktober 2009

KURSUS SEMARAK JAWI & KAJIAN TINDAKAN

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah akan mengadakan kursus tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Oktober 2009 ( Sabtu )

Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : SK Taman Johor Jaya 3

Mohon kerjasama setiap sekolah rendah menghantar 2 orang guru ( GPI dan j-QAF yang terlibat dalam kelas pemulihan jawi ) hadir ke kursus tersebut. Kehadiran menunjukkan komitmen dan iltizam dalam meningkatkan nilai tambah demi memartabatkan Pendidikan Islam.Syukran

Sebarang pertanyaan sila hubungi UPIPPD Pasir Gudang.

PROGRAM GALUS TASAWWUR ISLAM DAERAH PASIR GUDANG

Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SMK Taman Mount Austin

Mohon kerjasama sekolah menengah yang berkenaan menghantar 4 orang murid cemerlang dari Tingkatan 5 yang mengambil Tasawwur Islam bersama guru pengiring hadir ke program tersebut.Syukran

10 Oktober 2009

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI IQRA' DAERAH PASIR GUDANG





Sabtu, 10 OKTOBER 2009
Kursus Pemantapan Pedagogi Iqra’ kepada guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF daerah Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan di Dewan Seminar,SK Seri Kota Puteri 4. Kursus ini anjuran Panitia Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Pasir Gudang.Pendekatan P & P guru yang sama ketika mengajar tanpa melakukan perubahan tidak akan meningkatkan penguasaan dan minat murid kepada pengajaran Iqra’.Melalui kursus ini, guru didedahkan dengan pelbagai kaedah dan formula pengajaran Iqra’ yang menarik minat murid .Kepentingan teknik-teknik P & P yang pelbagai akan membantu guru merancang pengajaran Iqra yang berkesan. Kursus ini dibantu oleh 3 orang fasilitator iaitu Ustaz Nasrudin bin Khamis (SK Pasir Gudang 3), Ustaz Yuzzeman bin Abdul Samad (SK Ulu Tiram) dan Ustazah Nor Raihan binti Jusoh@Yusoff (SK Pasir Gudang 1).Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan guru-guru dalam menjayakan kursus ini. Semoga kursus ini akan membantu guru Pendidikan Islam dan j-QAF dalam memperkasakan Pendidikan Islam. Syukran

08 Oktober 2009

MUAT TURUN SP BAHASA ARAB, HSP BAHASA ARAB TAHUN 1,2 & 3 DAN SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 5

Perhatian kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan program j-QAF .
- Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab.

Bahan tersebut boleh dimuat turun dalam ruangan download bahan iaitu Folder SP & HSP Bahasa Arab (NEW) dan Soalan PKSR Bahasa Arab (SULIT).

Moga bahan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya manakala soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 5 hendaklah diperbanyakkan di sekolah. Syukran


06 Oktober 2009

TAKLIMAT PENGGABUNGAN DATA E-PELAPORAN j-QAF BULAN OKTOBER

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Oktober 2009 (Isnin)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Mohon kerjasama seorang Guru Pendidikan Islam/j-QAF yang telah menghadiri taklimat sebelum ini hadir.Kehadiran adalah WAJIB.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam. Syukran

05 Oktober 2009

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI IQRA'


Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah daerah akan mengadakan kursus tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Oktober 2009 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4

Mohon kepada semua sekolah rendah menghantar 2 orang wakil guru
( seorang guru Pendidikan Islam dan seorang guru j-QAF yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Iqra' di sekolah ).
Sila bawa bersama Buku Kursus Peningkatan Pengajian & Pembelajaran IQRA' 2008 terbitan BPI yang telah diedarkan oleh UPIPPD ke sekolah dan Buku Iqra' 1-6. Syukran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD PGU. Syukran