30 Mac 2010

PENYERTAAN PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA
Penyelaras Dakwah / Guru Pendidikan Islam
Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang

Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

Mohon kerjasama tuan/puan mengesahkan penyertaan sekolah tuan/puan dengan melengkapkan BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN tersebut.Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam (u.p : Ustaz Maturidi Bin Mohamed) pada atau sebelum 6 April 2010 (Selasa) jam 5.00 petang. Pihak sekolah yang tidak menghantar borang dianggap tidak berminat menyertai pertandingan ini.Segala syarat dan peraturan pertandingan tahun sebelum ini adalah diguna pakai.Surat edaran telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi UPI PPD Pasir Gudang.Syukran