22 Mac 2010

PERINGATAN : PENGHANTARAN CD RAKAMAN NASYID SEKOLAH PERINGKAT ZON TAHUN 2010

PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA :
Penyelaras Dakwah/Guru Pendidikan Islam
SMK dan SK Daerah Pasir Gudang

Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang akan menganjurkan
Pertandingan Festival Nasyid peringkat daerah Pasir Gudang pada 10 APRIL 2010 (Sabtu) bertempat di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang . Sehubungan dengan itu, UPI akan menilai dan memilih antara 10 - 12 kumpulan nasyid terbaik peringkat ZON melalui CD RAKAMAN 2 BUAH LAGU NASYID yang akan bertanding di peringkat daerah. Penyertaan terbuka kepada semua sekolah.CD Rakaman Nasyid sekolah tuan/puan hendaklah sampai ke UPI PPD Pasir Gudang pada atau sebelum 25 MAC 2010 (Khamis) jam 5.00 petang dengan tema : MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH " Segala peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun sebelum ini adalah digunapakai. Syukran

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran