19 September 2011

LENSA KEM BINA JUARA SK KPM DAERAH PASIR GUDANG 2011





9-11 SEPTEMBER 2011 ( Jumaat - Ahad )
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya mengadakan Program Kem Bina Juara Sekolah-sekolah Kebangsaan KPM peringkat daerah Pasir Gudang bagi tahun 2011. Program selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung pada 9 hingga 11 September 2011 bertempat di Kem Savannah Hill, Sungai Tiram. Program ini menggunakan modul yang dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah memperkasakan Program j-QAF yang telah diperkenalkan sejak tahun 2005 hingga kini. Program ini menjadi asas ke arah melahirkan insan yang berketerampilan, berkemahiran dan mempunyai sahsiah terpuji.Fokus aktiviti ialah mengasah bakat dan minat murid ke arah penguasaan bidang Tarannum, Jawi/Khat dan pengucapan awam dalam Bahasa Arab.Tahniah & terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan barisan guru yang telah menjayakan program ini.Syukran Jazilan Kathira.