18 September 2011

LENSA KEM IHYA' RAMADAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG 2011





19-20 OGOS 2011 ( Jumaat - Sabtu )
Seramai 150 orang yang terdiri daripada murid-murid Sekolah Rendah termasuk SJK ( C ) daerah Pasir Gudang telah menyertai Kem Ihya' Ramadan anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Ogos 2011 yang lalu di SK Cahaya Baru, Masai. Program ini bertujuan untuk melahirkan muslim yang beriltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan hidup beragama berlandaskan akidah Islamiah yang sebenar. Selain itu, sebagai salah satu usaha dakwah dan motivasi dalam menghayati dan menghidupkan Bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan ibadat. Sesungguhnya program seumpama ini perlu diteruskan dalam menjana iman dan taqwa anak-anak kita mendepani cabaran hidup yang penuh dengan mehnah dan tribulasi.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan Fasilitator selaku perancang dan penggerak kejayaan program ini. Syukran Jazilan Kathira.