03 September 2013

MAHRAJAN j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PERHATIAN & TINDAKAN SEGERA :
Sekolah-sekolah yang berkenaan
Guru Pengiring & Peserta
Mahrajan j-QAF ( Kalam Jamaie & Dikir Barat )
Sekolah-sekolah Rendah KPM
Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2013

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :  7 September 2013  ( Sabtu )
Masa :  8.00 pagi     ( Pendaftaran :  7.30 pagi ) 
Tempat :  Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Anjuran   :  PPD Pasir Gudang bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) 

Mohon tuan/puan mengambil tindakan berikut :-

1. Menguruskan perjalanan pergi balik peserta tuan/puan.
2. Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. 
3. Menepati masa demi kelancaran majlis. 
4. Menguruskan makan minum para peserta tuan/puan.
    ( Jamuan peserta tidak disediakan )
5. Mematuhi kod pakaian peserta Mahrajan j-QAF
    (Lelaki - Baju Melayu) (Perempuan - Baju Kurung)
6. Memastikan keselamatan para peserta dan peralatan 
    dikir barat tuan/puan.
7. Memastikan kebersihan dan keceriaan sepanjang majlis.

Pihak UPI mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang dalam usaha memeriahkan Mahrajan j-QAF daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran