18 September 2013

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2013

PENTING & SEGERA :
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan & SJK (C) Daerah Pasir Gudang
(Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 4)  sila cetak
(Bahan Kursus Orientasi DSKP Tahun 4)  sila cetak
(Bahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOTS))  sila cetak

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh  :  2 - 5 Oktober 2013 ( Rabu - Sabtu )
Masa                 :  8.00 pagi - 4.30 petang
Pendaftaran    :   7.30 pagi 
Tempat :  SK Taman Rinting 2

Mohon seorang guru yang akan mengajar Pendidikan Islam Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus tersebut. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Tuan/puan dikehendaki MEMUAT TURUN DAN MENCETAK BAHAN KURSUS yang disediakan dalam blog ini untuk simpanan pihak sekolah dan wajib dibawa sepanjang menghadiri kursus ini kerana pihak penganjur tidak menyediakan bahan tersebut. Kerjasama tuan/puan melambangkan komitmen yang tinggi dalam memacu kecemerlangan KSSR & PBS Pendidikan Islam daerah Pasir Gudang.Surat panggilan telah diedarkan ke pigeon hole sekolah tuan/puan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai UPI PPD Pasir Gudang.Syukran