9 Oktober 2010 (Sabtu)
Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 merupakan agenda kursus anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Seramai 70 orang yang terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Arab dan guru mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 1 telah menghadiri kursus tersebut.Kursus ini diadakan di SK Taman Megah Ria.Melalui kursus ini, para guru telah didedahkan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 yang akan mula dilaksanakan menjelang tahun 2011.Mata pelajaran Bahasa Arab turut mengalami perubahan seperti Pendidikan Islam selaras dengan Transformasi Pendidikan yang melibatkan perubahan kurikulum. Perubahan ini akan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih releven dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Justeru itu, para guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Sesungguhnya kejayaan Transformasi Kurikulum dan keberhasilannya memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar,pengurus kurikulum,ibu bapa serta pihak berkepentingan.Jutaan terima kasih kepada JLU Bahasa Arab yang telah banyak membantu pihak UPI menjayakan kursus ini dan juga kepada peserta yang hadir "BERSAMA MEMPERKASAKAN BAHASA ARAB"