PERHATIAN DAN MAKLUMAN :
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PENYELARAS SMKA DAN KAA
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
SK DAN SJK DAERAH PASIR GUDANG
Permohonan ONLINE ke Tingkatan Satu Tahun 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) perlu melalui aplikasi “KRK-ONLINE” di laman sesawang : http://www.ppdpontian.edu.my/index.php/krk.html. (Klik di sini)
Tarikh permohonan online dibuka mulai 4 Oktober hingga 31 Oktober 2010. Tugas memasukkan segala data calon telah diserahkan kepada KAUNSELOR sekolah seperti keputusan mesyuarat di peringkat PPD sebelum ini.
Tuan/puan diminta berhubung dengan Kaunselor sekolah dan memantau perkembangan permohonan dari semasa ke semasa.
Sila pastikan tindakan telah dilakukan terhadap perkara-perkara berikut :
1. Setiap calon yang memohon ke SMKA dan KAA telah mengisi borang RK-001 yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga.
2. Semua murid tahun 6 termasuk calon yang memohon SMKA dan KAA menduduki Peperiksaan Setara Pendidikan Islam Tahun 6 yang akan diadakan serentak di seluruh negeri Johor pada 27 OKTOBER 2010 jam 8.00 pagi – 9.30 pagi.Sila pastikan peperiksaan berjalan dengan lancar dan sempurna.
3. Markah Peperiksaan Setara Pendidikan Islam Tahun 6 MESTI DIMASUKKAN ke dalam sistem Permohonan “KRK-ONLINE” sebelum atau pada 31 OKTOBER 2010.Sekiranya markah tidak dimasukkan ke dalam sistem,calon tidak akan dipertimbangkan untuk permohonan masuk ke SMKA dan KAA.
4. MOHON PERHATIAN : Guru Pendidikan Islam yang bertugas menanda kertas hendaklah memastikan kertas peperiksaan Setara Pendidikan Islam Tahun 6 telah ditanda (terutamanya calon-calon yang memohon ke SMKA dan KAA) sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 OKTOBER 2010.Markah hendaklah diserahkan kepada KAUNSELOR sekolah secepat mungkin bagi memudahkan proses kemasukan markah dalam sistem ONLINE.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed, Penyelia Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang. Syukran