2 Oktober 2010 (Sabtu)
Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam Tahun 1 Pelaksanaan Tahun 2011 peringkat daerah Pasir Gudang.Kursus ini diadakan di Bilik Seminar, SK Seri Kota Puteri 4 dan dihadiri oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah daerah Pasir Gudang. Kursus ini dimulakan dengan Taklimat Umum KSSR yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Lokmanul Hakim Bin Samion, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras (Men) Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor.Melalui kursus ini, para GPI telah didedahkan dengan Kurikulum Pendidikan Islam yang turut mengalami perubahan selaras dengan Transformasi Pendidikan yang melibatkan perubahan kurikulum semua mata pelajaran di sekolah KPM. Bermula tahun 2011, Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1 akan berwajah baru. Perubahan kurikulum Pendidikan Islam ini menuntut perubahan minda dan kaedah pedagogi mata pelajaran Pendidikan Islam untuk memastikan apa yang dirancangkan dan digubal dalam kurikulum Transformasi ini dapat disampaikan kepada murid-murid dengan sempurna. Perubahan yang dicadangkan ini tidak akan berlaku sekiranya kita semua tidak berusaha ke arah itu.Terima kasih kepada semua JLU Pendidikan Islam daerah yang telah banyak membantu menjayakan kursus ini dan juga kepada GPI yang hadir "BERSAMA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM"